Sunday 1 May 2011
perjalanan
Penempatan pertama mama di SM Sultan Yahya Petra,Kuala Krai Kelantan.
Mama mohon ke sana kerana ketika itu abah berkerja di KK.
Pada 4.5.1986 bermulalah mama menjalani hidup sebagai guru.
Mama berkhidmat di sana sehingga 28.2.1990 kerana abah ditukarkan ke KL.
Begitu berat hati kami untuk meninggalkan KK.
Tetapi demi tugas kami akur.
Mama telah ditempatkan di SM(P)Taman Petaling.
Tempoh mama di sini tidak lama...
mama bertugas dari 1.3.1990 hingga 30.11.1990 sahaja.
tidak sampai setahun
kerana...
jaraknya jauh dari rumah sewa kami...
dan selepas subuh saja abah akan hantar mama kerana
abah terpaksa berpatah balik ke KL untuk bekerja.
Mama pula ketika itu sedang sarat mengandung....
husss tak terlupa detik itu...
semasa balik dari sekolah mama menumpang teman
ke jalan besar dan terpaksa menaiki 2 buah bas untuk sampai ke rumah.
Alhamdulillah akhirnya pemohonan pertukaran mama diluluskan.
Mama ditukarkan ke SMK Taman Keramat pada 1.12.1990.
Huss lega....
Hal ini memberi banyak nilai dan pengajaran buat mama.
...nilai menghargai...
Labels:
bisikan nurani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment